Isnin, 26 September 2016

Jamu Jarak Manja : Khasiat Nenas Batu


Pernahkah anda mendengar tentang nenas batu? Sebenarnya nenas batu ni tidak sama seperti nenas yang biasa anda jumpa di kedai atau yang anda tanam sendiri di rumah tu. Lainnya, nenas batu ini kebiasaannya bersaiz kecil dan mempunyai tangkai yang panjang. Nenas batu ini asalnya dari Mesir, tetapi jangan anda terkejut sebab ianya ada ditanam di Malaysia. Ramai yang tertanya-tanya apakah kelebihan dan khasiat nenas batu berbanding nenas yang biasa?

Nenas batu mempunyai banyak khasiat dan merupakan antara buah-buahan yang mempunyai gred yang terbaik di dunia. Nenas batu mengandungi khasiatnya tersendiri seperti membantu melancarkan pembuangan angin dalam badan, membantu wanita-wanita selepas bersalin mengecutkan ruang rahim dengan cepat dan dikatakan boleh mengembalikan keremajaan ibu-ibu muda. Bagi ibu-ibu selepas bersalin, nenas batu sangat berkesan mengembalikan tenaga dalam badan dan menghangatkan semula romantika bersama suami tercinta. Selain itu, nenas batu juga dikatakan boleh melawaskan kencing serta mengawal hormon dalam badan wanita yang bakal mengalami putus haid atau menopause. 

Nenas batu juga berfungsi sebagai ubat tradisional untuk menyembuhkan pelbagai penyakit terutamanya darah tinggi dan strok. Bagi individu yang mengalami strok, sekadar minum dan sapukan pada tempat strok susah memadai. InsyaAllah akan sembuh. Nenas batu amat bagus untuk mengatasi masalah cepat letih, kurang daya seksual dan memulihkan semula urat-urat badan yang rosak. Penggunaan nenas batu amat digalakkan kepada wanita yang baru lepas bersalin ataupun wanita yang sudah berumahtangga.


Ramuan Jamu Jarak Manja

Baru-baru ni Empayar Jamu Bidan telah mengeluarkan satu produk baru yang berasaskan Nenas Batu iaitu JAMU JARAK MANJA (JJM). Selain daripada Nenas Batu, Jamu Jarak Manja ini juga telah diformulasikan khas daripada beberapa jenis herba terpilih iaitu Madu, Serapat dan Daun Sireh. Tetapi bahan utama Jamu Jarak Manja ini masih NENAS BATU. Mengapa Nenas Batu? Seperti yang disebutkan pada awal tadi, Nenas Batu mempunyai pelbagai khasiat yang sangat bagus untuk kaum wanita terutamanya bagi wanita selepas bersalin. 

Fungsi asas Jamu Jarak Manja adalah memfokuskan kepada mereka yang ingin menjarakkan kehamilan disamping menjaga kesihatan dalaman dan mengetatkan semula otot-otot vagina selepas melahirkan. 

Antara khasiat utama Nenas Batu yang ada pada Jamu Jarak Manja ini adalah : 

  • Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu sihat, cergas dan berseri dalam pantang, bagi ibu yang baru bersalin, ambil seminggu sekali sahaja 
  • Boleh dijadikan ubat untuk menjarakkan anak (perancang) – makan selepas bersama dan insert selepas bersama atau makan setiap hari selama tempoh hendak menjarakkan anak. 
  • Melawaskan kencing dan mengelakkan sakit batu karang serta buah pinggang 
  • Membantu melancarkan pembuangan angin 
  • Membantu ibu-ibu yang bakal menopause 
  • Jika rajin diamalkan makan/minum herba nenas batu, Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih dara 
  • Mengubati penyakit buasir 
  • Merendahkan paras kolestrol dalam darah 
  • Membuang toksin dalam badan 
  • Melancarkan perjalanan darah 
  • Mencantikkan bentuk badan, pinggul dan payudara


Jamu Jarak Manja

60 biji dalam setiap botol
RM38 harga asal
PROMOSI hanya RM35 sahaja!


Teringin nak cuba Jamu Jarak Manja? boleh hubungi saya seperti dibawah. 


Salam Sayang
Stokis Jamu Bidan
AZURA KAMIS
0136789014

ILMU JAMU BIDAN : RENDAMAN FARAJ


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN RENDAMAN FARAJ?

Orang Barat memanggilnya Sitz Bath, dimana perkataan asalnya diambil dari perkataan Jerman iaitu ‘Sitzen’ yang bermaksud ‘untuk diduduki’. Orang kita memanggilnya RENDAMAN FARAJ.


                    Jamu Bidan : Cara Rendaman Faraj


Faraj merupakan anggota penting yang terlibat secara langsung dalam proses kelahiran. Antara yang perlu dilakukan untuk RAWATAN PENJAGAAN FARAJ ialah cucian dan rendaman faraj.

Antara kebaikan penjagaan faraj ialah; 

MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN luka jahitan (episotomi) dibahagian pintunya.

MENGELAKKAN INFEKSI pada faraj dan luka. 

◎ Rawatan berendam faraj dapat membantu MENGECUTKAN BUASIR ‘MILD’ iaitu ketika rendam bahagian dubur, perlahan-lahan tolak dan masukkan buasir. 

◎ Mengatasi masalah DARAH NIFAS BERBAU DAN GATAL.

◎ Meringankan masalah KEPUTIHAN. 

◎“Mengencangkan" dan memantapkan KEINTIMAN FARAJ.

◎ Mengatasi masalah KENTUT FARAJ.
CUCIAN FARAJ

Setiap kali ke tandas, cebokan hasil rebusan garam kasar, daun sireh, daun inai serta jintan hitam atau hasil rebusam garam kasar dan asam keping.

Hari: Setiap hari sepanjang tempoh berpantang dan ketika datang haid.

Waktu: Setiap kali ke tandas terutama ketika darah nifas masih banyak.

Cara: Cebokan air rebusan pada permukaan faraj di setiap cucian.

RENDAMAN FARAJ

Faraj direndam di dalam air rebusan daun sireh, inai, daun mambu, garam kasar, jintan hitam dan kemenyan serani. Untuk mengetahui faraj bersih secara optimum guna kapas muka ‘cotton facial’. 

Hari: Apabila darah nifas mulai kering sehingga darah bersih dan tiada lagi. Kebiasaannya bermula hari ke-30 berpantang. Sebagai amalan kesihatan faraj, digalakkan berendam seminggu 2 kali atau setiap kali lepas haid.

Waktu: Bila-bila. Rawatan ni boleh dibuat sebelum atau selepas mandi serum dilakukan. Rawatan rendaman faraj ini perlu dilakukan sambil meruang faraj.

Cara: Seluruh bahagian sulit dan punggung terendam di dalam air rebusan dengan kedua-dua kaki terbuka.

Tak tahu nak cari mana herba-herba untuk rendaman faraj ni???

Jangan risau dapatkan saja GEL V DARA keluaran Empayar Jamu Bidan. All in one. Mudah, murah dan sangat berbaloi.


RM49 sahaja (170ml)

Azura Kamis
Stokis Jamu Bidan
013-6789014

JAMU BIDAN : RAWATAN TOMBONG / PROLAPSED


APA YANG PERLU WANITA TAHU MENGENAI RAHIM JATUH & TOMBONG ?


Peranakan atau rahim iaitu tempat janin membesar, terletak di dalam pelvic dan disokong oleh otot jaringan dan ligament. Proses kehamilan dan melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligament yang menyokong rahim menjadi lemah, mengakibatkan ia jatuh dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj sekiranya tidak berpantang dengan betul.

Rahim yang terkeluar dari vagina boleh dirasai melalui jari terutama semasa mencangkung. Ia juga menyebabkan wanita mudah sakit belakang / pinggang

Bagi peringkat yang teruk tombong pesakit akan terasa sakit seperti mahu bersalin. Kejang pada otot perut, sakit pada dinding faraj, keluarnya cecair keputihan yang luar biasa banyaknya.

Wanita yang mengalami lemah pada bahagian peranakan cenderung terkencing apabila batuk, kencing tidak lawas, mudah keguguran pada awal kehamilan, sakit ketika melakukan hubungan seksual dan terasa peranakan tersembul keluar melalui vagina.






Tombong boleh terjadi dalam beberapa peringkat :


Peringkat 1
👉 Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear. Kalau nak test blh mencangkung dan rasa macam ada benda tersembul tak dari kemaluan. Kalau ada mgkn anda dah tahap peringkat 1

Peringkat 2
👉 Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj. Bila dipegang dari luar boleh terasa seakan licin sepeti belon. Jika tidak dirawat mmg akan lebih teruk. Waktu ini bila ketawa atau batuk mmg mudah utk terkucil sekali.

Peringkat 3
👉 Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj. Perlu ke Pakar Sakit Puan sebab jika tidak dicuci akan menyebabkan jangkitan pangkal rahim yg menjurus kepada kanser sebabnya sebahagian organ kita dah terdedah di luar.

TANDA TANDA "PERANAKAN JATUH"

👉 SAKIT TUMIT
👉 SAKIT ARI-ARI
👉 SAKIT KETIKA BERSAMA SOMI
👉 "V" BERAIR
👉 KENTUT "V"
👉 KENCENG TAK LAWAS
👉 SAKIT PAHA&PINGGANG
👉 "V" LONGGAR
👉 SAKIT BELAKANG
👉 RASA DEMAM & SEJUK SELEPAS ASAR
👉 TUBUH RASA LEMAU

APAKAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA TOMBONG / PERANAKAN JATUH?
👉 Sering mengangkat benda berat.
👉 Tidak berpantang .
👉 Proses melahirkan yang teruk.
👉 Kerap Bersalin
👉 Batuk yang lama.
👉 Gaya hidup lasak.
👉 Pernah jatuh terhentak punggung dan banyak lagi

Ramai wanita hari ini mengalami masalah PERANAKAN JATUH tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk merawatnya sehingga ada yang melarat menjadi TOMBONG. Di nasihatkan pada para wanita diluar sana, sekiranya anda mendapati terjadinya simptom-simptom seperti diatas terhadap diri anda, maka rawatlah ia dengan segera.

JAMU BIDAN BOLEH MEMBANTU MERAWAT MASALAH PERANAKAN JATUH.

Azura Kamis
Stokis Jamu Bidan Johor

Info Herba Jamu Bidan : Khasiat Daun Inai





بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


Kenal tak daun inai? sure ramai yang tau kan. Tapi berapa ramai yang tau inai ni kegunaanya bukan sekadar untuk luaran sahaja, tetapi ianya sangat bagus juga untuk kesihatan dalaman wanita tau. Jom kita review sikit mengenai khasiat daun inai ni. Daun Inai ni merupakan salah satu herba yang terdapat dalam Jamu Bidan tau.


Jamu Bidan : Daun Inai



PENGENALAN

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.

Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mereka mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.

Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.

KHASIAT

Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.

Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.

Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit,bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.

Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal. Kerana khasiat inilah Daun Inai digunakan sebagai salah satu herba didalam Jamu Bidan. Disamping sifatnya sebagai PENYEJUK, ia dapat megimbangi kepanasan herba lain agar Jamu Bidan menjadi tidak terlalu panas.

Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.

Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.


Daun inai dipercayai amat baik selaku bahan penyejuk. Selalunya daun inai digunakan untuk menyembuhsakit perut, luka dan kudis disekeliling kuku dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga boleh digunakan bagi merawat masalah haid wanita dan keputihan.

Serbuk inai atau daun inai yang dilumatkan digunakan bagi menyembuh penyakit kulit, bisul dan sengal tulang. Jus inai dugunakan bagi melegakan sakit kepala akibat cuaca panas. Sementara akarnya diguna untuk menyembuh bisul. Kulit dari batang pokok inai digunakan untuk meredakan cirit birit dan merawat masalah hati atau demam kuning serta bengkak hati.

Orang India menggunakan air inai sebagai penyegar untuk mengecutkan tisu-tisu badan dan seterusnya mengurangkan pendarahan berlebihan. Mereka juga percaya bahawa dengan berkumur air inai dapat melegakan sakit tekak.

Untuk mengubati luka dan kudis disekeliling kuku, bersihkan dan tumbukkan daun inai sehingga lumat dan disapukan dibahagian yang sakit itu. Insyallah sakit akan berkurangan, bengkak dan kelurut akan dapat dielakkan.

Semoga Info ini berguna dan bermanfaat untuk kita semua.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Jamu Bidan, boleh hubungi saya seperti dibawah.

Azura kamis
Stokis Jamu Bidan
013-6789014

Jamu Bidan : Berpantang Cara Tradisional




Berpantang selama 44 hari memang menjadi amalan yang amat popular dalam kalangan masyarakat orang Melayu sejak zaman berzaman. Mengikut panduan perubatan moden, tempoh berpantang bersalin atau puerperium adalah dalam lingkungan 42 hari atau enam minggu. Tempoh ini dianggap sebagai tempoh pemulihan fungsi kewanitaan daripada segala gejala kecederaan serta tekanan jiwa dan mental.

Pada ketika ini juga rahim mulai menguncup, mencerut dan mengecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involusi.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, pantang bersalin dimestikan genap 44 hari kerana itulah tempoh yang mencukupi bagi memulihkan organ kewanitaan "balik seperti sediakala". Selepas 42 hari, rahim telah mengecut dan pulang ke "sarang" iaitu balik ke rumahnya di bahagian pelvis atau di sudut ari-ari di atas tundun, tetapi mulut rahim atau pintu servik masih mentah, bengkak dan tersembul.

Disamping itu, urat peranakan di bahagian faraj masih sengal dan ngilu. Angin darah kotor atau angin merian masih berlegar-legar di salur darah di dalam rahim dan jika berjimak pada masa ini boleh menyebabkan angin merian berputar di seluruh sendi anggota. Kesan sampingannya akan dikesali oleh wanita itu sendiri, iaitu mudah alah pada persekitaran dan pemakanan, mudah uzur dan tertekan. Untuk mendapatkan kemantapan dan keselesaan fungsi organ kewanitaan, petua Melayu mengesyorkan sanggama hanya dimulakan secara aktif dan agresif selepas lapan minggu.

Setelah genap 44 hari, di rumahnya, rahim sudah pun pulih dan mulutnya kembali normal. Dengan atur cara rawatan dalam pantang yang cermat di sepanjang tempoh itu, kesihatan ujud anggota terpelihara serta dipertingkatkan. Pada hari ke 45, kewanitaan ibu bersalin pulang pulih seperti sediakala, bahkan lebih kemas daripada anak dara!!!

Salam Sayang

Azura Kamis
Stokis Jamu Bidan

JAMU JARAK MANJA : TIPS MENJARAKKAN KEHAMILAN





بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


Hari ni saya nak kongsi tips sikit dengan sahabat pembaca saya semua. Lebih-lebih lagi pada sahabat-sahabat yang tercari-cari cara mudah, selamat dan semulajadi (tanpa menganggu hormon) untuk merancang tanpa mengambil pil perancang. Dengan Jamu Jarak Manja ni kita boleh merancang dan dalam masa yang sama kita ikat hati suami supaya jadi "Gila Bayang" dengan kita 😘😉

Jom tengok apa dia tips menarik yang saya nak kongsikan bersama Jamu Jarak Manja ni 😉






⛔️NORMAL PROTECTION⛔️

Baiklah, untuk Normal Protection anda perlu makan 2/3 biji Jamu Jarak Manja pada waktu malam.
Bagaimana cara untuk mengamalkannya tu?
Anda perlu mengambil Jamu pada waktu yang sama setiap hari ye kerana anggaran protection yang ditetapkan bagi Jamu Jarak Manja adalah selama 24 jam sahaja. Sekiranya anda tidak mengambil pada waktu yang sama, tidak dijamin kemungkinan anda untuk mengandung lagi akan ada.

Extra Protection lagi diperlukan apabila anda melakukan hubungan intim bersama suami. Setiap kali selepas "bersama" dengan suami, pastikan anda melakukan proses meruang dan selepas itu HARUS insert 1 atau 2 biji Jamu Jarak Manja.

MACAM MANA KALAU SAYA TERLUPA?
Kalau terlupa tu bila teringat cepat-cepat la makan ye, tapi kalau boleh jangan la lupe. Lebih baik makan ikut cara yang ditetapkan jika betul-betul nak rancang kehamilan atau nak jarak kan kehamilan. Kalau rasa-rasa kita ni pelupa sangat cuba la pasang alarm kat fon supaya ingat kan. 😉

MACAM MANA PULA KALAU SAYA TERLUPA SAMPAI SEHARI?

OK, Kalau sehari tu langsung terlupa nak ambil JJM elakkan daripada "bersama" sekurang-kurangnya dalam masa seminggu. Tapi kalau nak bersama juga & suami dah minta sangat-sangat tu kena buat macam kat bawah ni la ye:

🚫📛DOUBLE PROTECTION🚫📛

Makan JJM 3 biji sebelum bersama. Kemudian lakukan proses meruang dan WAJIB insert 1 biji JJM dan makan 3 biji JJM selepas "bersama".


INSYA ALLAH, Kalau ikut betul-betul cara dan arahan seperti diatas ni, dapat membantu menJARAKkan kehamilan.




Berminat nak dapatkan JJM ni boleh hubungi saya seperti dibawah :

Azura Kamis
Stokis Jamu Bidan Johor
013-6789014

ILMU KESIHATAN JAMU BIDAN : PROSES PEMULIHAN (HEALING CRISIS)



Biasa kan kita dengar kalau ambik apa-apa supplement mesti akan diberitahu mengenai proses pemulihan (healing crisis). Apa dia Healing Crisis ni sebenarnye ye?




APA ITU KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS)? 

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.

MENGAPA TERJADINYA KRISIS PEMULIHAN APABILA MENGAMALKAN SESUATU SUPPLEMENT?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui proses detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.

ADAKAH KRISIS PEMULIHAN MERUPAKAN SUATU PETANDA YANG BAIK?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil sememangnya berkesan.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.

ADAKAH SEMUA ORANG MENGALAMI TANDA-TANDA DAN GEJALA YANG SAMA SEMASA KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS)?

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.

SECARA UMUMNYA, BERAPA LAMAKAH PROSES PEMULIHAN (HEALING CRISIS) AKAN BERLANGSUNG?

Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.

Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

Anda tidak mengambil dengan konsisten.
Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan.
Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus.
Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang.
Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih.
Keadaan tubuh yang kronik.

TANDA KRISIS PENYEMBUHAN (HEALING CRISIS) DAN KEMUNGKINAN PUNCA.

Keletihan, berasa mengantuk - Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih.
Sakit Kepala, kepala terasa berat- Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi.
Demam, demam sedikit, keresahan - Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan.
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk - Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon.
Kembung, perut bergas - Sistem penghadaman yang lemah.
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur - Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah.
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair - Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi.
Hidung berdarah - Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah).
Sakit di bahagian otot dan sendi- Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit.
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas - Proses penyembuhan semakin cepat.
Insomnia or atau hiperaktif- Sistem saraf yang lemah.
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir - Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon.
Pendarahan ketika membuang air besar - Mungkin buasir.
Pening, lapar - Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah).
Loya, sembelit, sedu - Sistem penghadaman lemah, masalah hati.
Slight Edema (bengkak) - Masalah buah pinggang.
Keletihan, berasa mengantuk = tubuh berasid, fungsi hati yg lemah.

BAGAIMANAKAH MELALUI KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS) ?

Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. InsyaALLAH.

Semoga Info ini bermanfaat buat kita semua.

Azura Kamis
Stokis Jamu Bidan Johor

TIPS JAMU BIDAN : SAKIT TUMIT





بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ







Kali ni kita nak bincangkan tentang sakit tumit pulak. Adakah anda kerap mengalami rasa sakit pada tumit? Nak berjalan pun terkadang terasa seksanya. Especially bila bangun pagi. Aduhh rasa macam tak nak pijak je lantai tu.

Baiklah, hari ni nak kongsi tentang sakit tumit. Untuk pengetahuan anda semua penyebab sakit tumit ini ada 3 kemungkinan:

1. Rahim rendah.

2. Struktur tulang belakang dah lari dari posisi

3. High cholestrol

Jika anda mengalami sakit tumit yang teramat kemungkinan besar anda mempunyai masalah rahim yang teruk. Cuba tengok wajah anda. Bawah mata akan nampak lebam kehitaman. Jangan tengok masa tak cukup tidur tau.

Seterusnya jika anda sakit tumit ditambah dengan kekejangan di mana-mana bahagian badan samada sebelah kanan atau kiri, dari hujung kaki atau mana-mana bahagian seperti yang disebutkan, itu kerana posisi tulang belakang mungkin sudah lari dari kedudukan.Ini berlaku mungkin disebabkan anda pernah jatuh atau accident beberapa tahun yang lalu.

Jika sakit tumit berserta rasa pegal dibahagian tengkuk pula, itu adalah disebabkan kolestrol yang tinggi, jadi jika anda ada mengalami sakit tumit cuba check sakit tu macam mana.

PENGUBATAN???

Saya jual jamu... of course saya suggest jamu 😉 Herba yang ada dalam jamu bidan bukan hanya sesuai untuk rahim rendah malah untuk ketiga-tiga masalah di atas. Jika mengamalkannya secara konsisten... insyaALLAH hasilnya juga mujarab. Setiap penyakit ada penawarnya.

Selain daripada itu untuk yang sakit tumit akibat kolestrol tinggi seeloknyan kurangkan makan makanan yang berkolestrol tinggi, elakkan mengguna minyak masak berulang kali. Cuba cari supplement yang boleh kurangkan kolestrol seperti omega 3, garlic oil, virgin olive oil, virgin coconut oil, apple vinegar & pomegranate juice.

Jika yang sakit tumit akibat accident better check doktor takkan nak selamanya tanggung kesakitan.

Yang rasa sakit tumit akibat rahim rendah dinasihatkan pergi berurut dan ambil jamu untuk bantu menguatkan otot-otot rahim & miss V.

Berikhtiarlah. Setiap penyakit ada penawarnya. Yang penting istiqamah dan sabar. INSYAALLAH.




Baiklah, jika ada antara sahabat-sahabat yang berminat untuk mencuba Jamu Bidan boleh hubungi saya dengan segera sebab sekarang Jamu Bidan tengah buat "PROMOSI TAK MASUK AKAL" katanya. Mau tak masuk akal, Harga Jamu Bidan dari RM 40sebotol diturunkan ke RM 35 sahaja!!! 

Ok... tambah tak masuk akal lagi bila HQ buat promosi untuk VIRGIN COCONUT OILpulak lagi, dari harga RM 40 diturunkan pulak menjadi RM 29!!!! wahhhhh!!!! betul betul tak masuk akal ni. haa... korang.. ape lagi.. jom la cepat-cepat dapatkan 2 produk Hot Empayar Jamu Bidan ni. Memang Gabungan terbaik untuk diamalkan tau. Lebih-Lebih lagi untuk pesakit Fibroid. Memang bagus sangat amalkan VCO + Jamu Bidan.


  SALAM SAYANG

Azura Kamis
Stokis Jamu Bidan



Jumaat, 16 September 2016

ILMU KESIHATAN JAMU BIDAN : PROSES PEMULIHAN (HEALING CRISIS)




Biasa kan kita dengar kalau ambik apa-apa supplement mesti akan diberitahu mengenai proses pemulihan (healing crisis). Apa dia Healing Crisis ni sebenarnye ye?




APA ITU KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS)

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.

MENGAPA TERJADINYA KRISIS PEMULIHAN APABILA MENGAMALKAN SESUATU SUPPLEMENT?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui proses detoksifikasi.


Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.

ADAKAH KRISIS PEMULIHAN MERUPAKAN SUATU PETANDA YANG BAIK?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil sememangnya berkesan.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan

ADAKAH SEMUA ORANG MENGALAMI TANDA-TANDA DAN GEJALA YANG SAMA SEMASA KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS)?

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.

SECARA UMUMNYA, BERAPA LAMAKAH PROSES PEMULIHAN (HEALING CRISIS) AKAN BERLANGSUNG?

Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.

Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

Anda tidak mengambil dengan konsisten.
Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan.
Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus.
Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang.
Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih.
Keadaan tubuh yang kronik.

TANDA KRISIS PENYEMBUHAN (HEALING CRISIS) DAN KEMUNGKINAN PUNCA.

Keletihan, berasa mengantuk - Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih.
Sakit Kepala, kepala terasa berat- Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi.
Demam, demam sedikit, keresahan - Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan.
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk - Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon.
Kembung, perut bergas - Sistem penghadaman yang lemah.
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur - Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah.
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair - Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi.
Hidung berdarah - Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah).
Sakit di bahagian otot dan sendi- Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit.
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas - Proses penyembuhan semakin cepat.
Insomnia or atau hiperaktif- Sistem saraf yang lemah.
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir - Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon.
Pendarahan ketika membuang air besar - Mungkin buasir.
Pening, lapar - Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah).
Loya, sembelit, sedu - Sistem penghadaman lemah, masalah hati.
Slight Edema (bengkak) - Masalah buah pinggang.
Keletihan, berasa mengantuk = tubuh berasid, fungsi hati yg lemah.

BAGAIMANAKAH MELALUI KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS) ?

Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. InsyaALLAH.

Semoga Info ini bermanfaat buat kita semua.




Salam Sayang

Perunding Kesihatan Jamu Bidan

Azura Kamis

0136789014