Khamis, 12 November 2015

Jamu Bidan & Pad Herbal Plus : Sen

CERITA AKU DAN SENGGUGUT.

Cerita ni macam panjang sikit, kalau rasa tak bosan bacalah ye, kalau bosan tak payah baca ...senang aje kan.
Aku mula haid ketika penghujung usia 12 tahun...masih ingat lagi tarikh tu, aku balik dari sekolah dengan rasa sakit perut yang amat sangat, sampai aku nak melangkah pun tak larat, sekolah dari rumah dalam 4km macam tu, aku pegi sekolah jalan kaki je.
Sampai kat rumah, aku terus pegi mandi kat perigi, gagahkan diri solat zohor, sakit perut tu pelik dan luar biasa, dengan badan aku berpeluh2, masa solat tu la mak aku nampak ada darah kat kain sembahyang aku, mak aku mungkin dah tau aku mula haid, dia pegi ambik kain batik buruk, dilipat2 bagi tebal dan suruh aku pakai, mak cakap aku dah jadi anak dara dah ..
Semenjak tarikh itu setiap bulan aku akan mengalami situasi yang sama, bila sampai saat tu aku mesti sakit perut yang amat sangat, mesti tak pergi sekolah 2-3 hari, tapi masa tu cuma pakai kain batik atau tuala good morning aje, pastu cuci bersih2 dan jemur kering...bila dah habis tempoh simpan elok2, sampai masa guna balik...almaklumlah kami orang susah, tak mampu nak beli modes.
Bila dah meningkat dewasa dah pandai cari duit, walaupun tengah belajar lagi, aku mulalah bertukar pakai modes, masa tu paling top jenama sanita....tapi kan, aku perasan bila pakai modes bila datang bulan perut aku dah la sakit, tambah pulak dengan cirit birit, sakit pinggang, pastu kepala pun ting tong ...pastu masa haid jadi lagi lama sbb darah kluar sikit2 je...pastu ada pulak darah beku keluar...omg apa sudah jadi????...
Keadaan tu berlarutan bertahun2, sampai lah aku dah kerja dan berumah tangga, kali ni tambah dengan versi baru pulak, bila dia mai je dia serang pinggang pulokkk...adeiihh...kejang abis dari pinggang ke kaki, lagi advance...dulu cuti sekolah 2-3 hari, la ni mc plak 2-3 hari setiap bulan ...orang kata kalau dah kawin berentilah senggugut...dak aiihh...aku lagi sakan jadinya.
Satu hari ada seorang hamba Allah ni mai kat pejabat aku, masa tu sahabat aku yang bernama "Senggugut" tu duk adalah dengan aku, aku ni kalau sampai time tu mula lah aku tak mau sembang dengan orang, moody pelik.
Hamba Allah tu tanya, " nape ni ABC ke?" aku angguk sengih je...dia cakap, mesti senggugut ni...nah ambik ni pi pakai.

 Dia hulur kat aku modes, aku ckp tak payah la, ni duk pakai dah..dia kata pi lah salin nun...jap lagi hang tau la rasa lagu mana...sambil teragak2 aku pun ambik la...lepas aku pakai sat kan, dalam 10 minit gitu, aikkkk  sakit perut aku lega dah.. dia tu mai kat aku balik pastu tanya, haa rasa lagu mana??, aku bagitau la kat dia dah rasa lega.
Dia cakap lain kali pakai yang ni no, jangan duk pakai hak tak tau hala.
Sejak tu aku pun bertukar lah dari modes biasa ke modes tu, tapi darah ketul masih duk keluar lagi, cuma sakit perut dan pinggang dah berkurang...tapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...chewaahh.
jenama tu tak kekal rupanya, tak dak dah di pasaran...mulalah aku pakai jenama kat kedai biasa tu balik...adoooiii jadi balik laa pulokkk macam dulu .
Sampailah umur aku dah tua tobeng, baru aku jumpa dengan sahabat aku sorang ni, dia bagi aku try hak ni plok...
Alhamdulillah...sama macam hak aku pakai dulu, tak sakit perut sangat dah, tapi rasa lagi sikit2...pening moody pn duk ada lagi...haa se lagi nak kabo, dulu ni aku makan macam2 ubat orang duk promot nak bagi lega miss senggugut ni, tapi tak lega2 jugak.
Akhirnya aku jumpa jamu ni, dan aku rasa inilah penyelesaiannya untuk masalah miss senggugut yang tak jemu2 duk bertandang bila tiba musim tu, la ni musim tu sampai pun dia tak mai dah...dia takut dah gamoknya, sebab aku dah pakai machine gun pastu duk benteng pulok dengan tembok besi ...x berani dah dia nak jengah.
Sorrylah duk merapu malam2 lagu ni..
nak bagitaunya,
‪#‎padherbalplus‬ ni memang power punya pad, sebab dia kapas 100% dan ada herba plak tu, bezaaaa sangat dengan pad jenama biasa yang di perbuat dari kertas kitar semula dan mengandungi dioxin
‪#‎Jamu‬ bidan ni plak, 100% herba alami yang membantu melancarkan pengeluaran darah haid kita, hilangkan senggugut, balancekan hormon kita, bagi tenaga pada kita...pendek kata memang superb...
Buktinya aku tak alami senggugut dah, dan sejak amalkan dua produk ni, aku tak sedar bila aku period, tak de hint lagi, tiba2 tengok dah ada...darah plak dah tak ada ketul2 lagi.
Best ke best????



Tiada ulasan:

Catat Ulasan